Sakit lutut bila solat, naik tangga atau berdiri lama?

Ramai pesakit sangka ini perkara biasa kerana umur, tapi sebenarnya rawatan moden boleh membantu. Pelbagai rawatan sakit lutut yang tersedia untuk anda.

Solusi lengkap (Gel, PRP, bius saraf lutut dan laser) pada harga berpatutan.

Dulu boleh berlari, sekarang nak berdiri pun sakit ...

  • Sakit Naik Tangga: Terasa bisa atau ngilu setiap kali melangkah naik atau turun.

  • Solat Terganggu: Terpaksa solat duduk kerana lutut tidak boleh dilipat habis atau sakit bila sujud.

  • Lutut Berbunyi: Bunyi "klik" atau bergesel (crepitus) bila digerakkan.

  • Kekakuan Pagi: Lutut rasa ketat atau terkunci, susah nak bangun dari duduk.

  • Bergantung Ubat: Ubat tahan sakit farmasi sudah tidak berkesan.

Rawan lutut anda mungkin sedang menipis . Jangan tunggu sampai tulang bergesel sepenuhnya!

Kenapa lutut saya sakit?

Punca utama adalah Osteoartritis (OA). Pelincir lutut berkurang dan tulang rawan haus.

Kami tidak teka, kami periksa dulu. Di Klinik Uzma, kami menggunakan X Ray untuk menentukan gred kerosakan lutut anda sebelum mencadangkan rawatan

Nak tahu gred osteoarthritis lutut anda?

RAWATAN TANPA PEMBEDAHAN

4 Pilihan Rawatan Sakit Lutut

SUNTIKAN GEL

  • Fungsi: "Minyak Pelincir" buatan untuk sendi yang kering.

  • Kelebihan: Mengurangkan geseran tulang dan meningkatkan pergerakan.

  • Ketahanan: Biasanya perlu "top-up" selepas 1 tahun

SUNTIKAN PRP

  • Fungsi: Cecair PRP berfungsi untuk mengurangkan kesakitan dan meransang pemulihan sendi lutut.

  • Kelebihan: Menggunakan darah pesakit sendiri. Darah akan diproses untuk mendapatkan komponen PRP

GENICULAR NERVE BLOCK

  • Fungsi: Suntikan steroid dan ubat kebas pada saraf sekitar lutut.

  • Kelebihan: Kelegaan sakit yang cepat dan hampir serta merta

  • Ketahanan: 3 hingga 6 bulan. Bergantung kepada individu

LASER CRYONEUROLYSIS

  • Fungsi: Mematikan saraf sakit menggunakan teknologi laser sejuk

  • Kelebihan: Tanpa pembedahan tukar sendi, dilakukan oleh Pakar Ortopedik.

  • Ketahanan: Boleh bertahan 1 hingga 3 tahun. Bergantung kepada individu

Ini Doktor & Fisioterapis Kami

Berpengalaman dan sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk anda

Dr (Mr) Wafiuddin Bin Ahmad

Doktor pakar orthopedik

Dr Hood Hussin

Pakar perubatan keluarga

Dr Faizah Abu Bakar

Pelatih pakar perubatan keluarga

Dr Sakina Hussin

Pelatih pakar perubatan keluarga

Dr Sarah Wong Azman

Pegawai perubatan

Dr Siti Norhawa Mahat

Pegawai perubatan

Dr Nazlinda Mohamad Nani

Pegawai perubatan

PT Raja Nazatul Hafizah

Fisioterapis senior

Hanya perlu WhatsApp, kami akan bantu

Harga Rawatan Sakit Lutut

Harga telus dan berpatutan. Tiada caj tersembunyi.

  • Suntikan Gel Lutut

    Sebelah 1 lutut: RM 785
    Sepasang 2 lutut: RM 1435
    RM 1570

  • Suntikan PRP

    Sebelah 1 lutut: RM 695
    Sepasang 2 lutut: RM 985
    RM 1390

  • Suntikan Combo PRP dan Gel Lutut

    Sebelah 1 lutut: RM 1020
    Sepasang 2 lutut: RM 1700
    RM 2040

  • Bius Sendi Lutut (Genicular Nerve Block)

    Sebelah 1 lutut: RM 499
    Sepasang 2 lutut: RM 850
    RM 998

  • Matikan Saraf Lutut (Laser Cryoneurolysis)

    Sebelah 1 lutut: N/A
    Sepasang 2 lutut: RM 9500
    RM 12000

TESTIMONI PESAKIT

Ini sebahagian pesakit yang berpuas hati dengan rawatan

"Beza sangat-sangat. Syukur saya!"

"Rawatan tadi memang elok. Kalau kawan-kawan sakit saya akan beritahu mari ke Klinik Uzma"

"Rasa sempurna balik"

"Sini feedback elok. Terbukti memang saya sendiri yang rasa. Rasa sempurna balik. Berbeza sangat"

"Doktor dia berpengalaman"

Harga berpatutan berpatutan banding dengan klinik lain. Doktor pun sangat berpengalaman. Tak sakit!

"So far everything is okay. Lebih lancar"

Saya dah umur 75 tahun. Rasa tak sakit. Jalan lebih lancar. Alhamdulillah sangat

"Dah boleh solat macam biasa. Boleh lipat kaki"

Makcik cuba sini memang berpuas hati. Saya nak travel so nak lutut lebih kuat. Berdiri lama tak rasa lengoh lutut.

"Boleh main golf macam biasa"

Boleh main golf macam biasa. Bertahan lama. Sebelum ini solat kerusi. Lepas ini nak cuba solat normal

MASIH TIDAK PASTI?

Soalan lazim yang kerap ditanya

Jangan malu dan segan. Jika ada soalan boleh tanya kami.

Soalan 1: Sakit atau tidak semasa suntik lutut?

Sebelum prosedur, doktor akan memberi suntikan bius setempat dikawasan lutut. Sepatutnya prosedur ini tidak menyakitkan.

Soalan 2: Berapa lama prosedur suntikan lutut ini?

Prosedur suntikan lutut itu sendiri sekejap sahaja. Anggaran 15-20 minit. Proses yang sedikit lama adalah proses penyediaan cecair PRP dari darah pesakit. Anggaran 40-90 minit. Untuk laser cryoneurolysis ambil masa 2-3 jam

Soalan 3: Doktor mana yang akan buat prosedur ini?

Semua prosedur kecuali laser cryoneurolysis akan dilakukan oleh doktor residen kami. Mereka sudah banyak kali melakukan prosedur ini. Untuk laser cryoneurolysis ianya dilakukan oleh doktor pakar orthopaedic (tulang)

Soalan 4: Ada jaminan lutut saya tidak akan sakit selepas suntikan lutut?

Rata-rata pesakit yang melakukan prosedur ini berpuas hati. Mereka dapati sakit lutut berkurangan, lutut dapat digerakkan dengan lebih bagus dan kurang rasa kaku. Walaubagaimanapun, keberkesanan bergantung kepada individu. Keputusan mungkin berbeza. Kami sarankan anda jumpa doktor untuk konsultasi terlebih dahulu

Soalan 5: Ada doktor wanita untuk lakukan prosedur ini?

Ada. Majoriti doktor kami adalah doktor wanita.

Soalan 6: Berapa kerap perlu cucuk gel lutut?

Setiap kes adalah berbeza. Mengikut data kami, Pesakit datang semula untuk tambah semula (top-up) gel lutut selepas 1-2 tahun. Selepas suntikan lutut, mereka dapati lutut mereka lebih selesa.

BORANG PENILAIAN LUTUT

Isi borang ini untuk penilaian asas sakit lutut

© 2025 Uzma Group PLT (LLP 0003605-LGN). Hakcipta terpelihara